Ehem.
Assalamualaikum..
Ini adalah last post yang Shikin akan post untuk minggu ini..Esok dah sekolah!..
Minggu ni dapat cuti 1 hari je..Tapi, it's ok..I'm fine.. =)
Sajak again... Adakah ini dipanggil sajak? Enjoy It!
Rindukah Aku?
Aku seakan-akan sudah tidak mengenali mu lagi..
Wajahmu dahulu sering membayangi diriku..
Tapi kini,
Dimanakah wajahmu yang selalu membayangi diriku?
Bagaimana matamu?
Bagaimana hidungmu?
Bagaimana mulutmu?
Bagaimana tanda di pipi kirimu?
Kenapa aku seakan-akan bermain-main dengan soalan itu?
Aku tidak pernah tahu,
Aku dapat melupakan mu dengan cepat..
Selama 3 tahun aku menyukai dirimu,
Sekali pun aku tidak pernah terfikir hendak lupakanmu..
Kesilapan diriku,
membuatkan aku terlupakan mu..
Disaat aku menulis coretan ini,
satu persoalan bermain di otak fikiran ku..
Kenapa?
Kenapa aku tidak boleh membayangkan wajahmu?
Disaat aku menulis coretan ini,
Aku cuba untuk mengingati dirimu..
Tapi,
Tidak..
Aku tidak akan mengingati wajahmu lagi..
Terima Kasih..
Terima Kasih kerana buatkan aku lupakanmu..
13.12.2013 ( tarikh sajak ini dibuat)
Assalamualaikum.. =)
No comments:
Post a Comment